Thursday, September 24, 2009

Yusraini Home Stay

Assalamulaikum Wbt.

Blog ini di cipta khas bagi mempromosikan home stay saya yang berada di Tg Malim / Hulu Bernam, yang mana lokasi home stay saya ini benar- benar berdekatan dengan exit tol Hulu Bernam dan hanya beberapa kilometer ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan juga pekan Tg Malim.

Home stay saya ini di bangun kan atas idea apabila saya melihat ramai yang datang dari jauh terutamanya keluarga pelajar pelajar UPSI atau juga mereka yang mempunyai urusan di Tg Malim untuk beberapa hari dan mempunyai kesulitan untuk mendapatkan bilik hotel, ataupun kadar sewaan bilik hotel yg agak tinggi lebih lebih lagi bagi mereka yg perlu bermalam untuk jangka masa yg agak lama di kawasan sekitar TG malim/ UPSI ini.

Home stay saya ini sebenarnya adalah sebuah rumah teres 3 bilik, berkeluasan sekitar 900 kaki persegi. Pada masa ini kemudahan yang desediakan di home stay saya ini adalah 2 bilik yang lengkap dengan katil, tilam, cadar, bantal dan penghawa dingin yang saya kira sungguh selesa seperti juga bermalam di hotel. Selain itu, di ruang tamu hadapan ada di sediakan televisyen bagi kemudahan untuk menonton berita atau rancangan-rancangan bg siaran Tv tempatan kita (maaf astro tiada). Selain itu dapur juga disediakan, cerek dan peti ais. Gambar-gambar kemudahan yg di sediakan di home stay saya ini boleh dilihat seperti berikut:

Ruangan ke bilik utama yang pertama.. almari disediakan untuk setiap bilik..

Katil beserta tilam dan cadar juga bantal.. cukup selesa bagi yang mahu beristirehat


Gambar ruangan bilik yang kedua yang bersebelahan dengan ruang tamu utama..



Ruang tamu utama.. TV beserta kerusi disediakan.. coffe table juga desediakan bagi kemudahan penyewa

Bagi sesiapa yang mempunyai urusan di sekitar kawsan tanjung malim ini atau di UPSI terutamanya, dan berhajat untuk menyewa homestay saya ini anda boleh lah menghubungi:

1. Hjh Yusraini (pemilik home stay)

016-6963868

2. En Sazali Bin Abdul Rahman

016-9275093

3. Pn Aryuhasma

016-3471928 @ 019-2874410

Harga sewaan home stay ini untuk semalam adalah RM150, bagi sesiapa yang berhajat untuk menyawa dalam jangka masa yang lama harga boleh dirunding. Dan pada sesiapa yang hanya mahu menyewa sebuah bilik bukan keseluruhan rumah juga boleh dirunding. InsyaAllah selesa dan mudah.